CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, January 14, 2009

aktiviti luar terbaru



setelah kew genting highlands jelajah kami terbaru kami kew lentang pd 11.01.09...kami bertolak dari shah alam pd jam 8.30...perjalanan kami mengambil masa 1 jam setengah...seramai 9 orang pelajar menyertai penjelajahan kami...kami ke sana dengan 3buah kereta...d sana,pelbagai aktiviti yg kami lakukan seperti bbq,mandi,memncing,menangkap ikan dan sebagainya...kami betolak dr sana pulang pd jam 4.45...kami tiba d shah alam dalam pukul 6.15 ptg...

Biodata Pengarang 1



Assalammualaikum kpd semua...Sy DZIA FAIZ BIN DZIA-UDDIN...Di lahairkan d HTAR pada tarikh keramat iaitu 15.10.1989...Semasa berusia 6 tahun,sy mula mengenal uruf d tadika abim...kemudian sy ke srk seksyen 19 shah alam dan sesudah tamat upsr,sy ke sekolah agama penuh hira'...sy seterusnya bepindah ke smk seksyen 18 shah alam dalam aliran arab ketika berusia 14 tahun...pd usia sy 16 tahun,sy berpindah pula ke smk seksyen 19 shah alam...sy menetap d seksyen 19 dan kini masih menuntut d ptpl shah alam...hobi dan kerja sambilan sy ialah bermaen bola sepak dan mengajar kanak-kanak bwh 14 tahun bermaen bola sepak...sy berkerja bersama menteri kerjaraya iaitu Datuk zain...sy bekerja sambilan hanya untuk menampung yuran pembelajaran d ptpl yang agak besar perbelanjaannya...sy berlajar bermaen bola ketika berusia 8 tahun dan kini mempunyai jurulatih berpengalaman yang sudi mengajar saya iaitu coach amir,coach sharil majid,coach k.gunalan,coach zaidi dan ramai lagi...dan d sini juga sy ingin berterima kaseh kepada rakan-rakan sy seperti fairuz,hazrin,zul,fadhli,shahrizal,sofi,dan ramai lagi kerana bnyak mengajar dan memberi kate semangat kepada kami bertiga dalam membangun kan blog dan sebagainya...mungkin setakat ini sj lah sejarah dan pengalaman hidup sy yg boleh d kongsi bersama...sebelum sy mengundur diri,sy beperanan menyusun dan mengemaskini blog ini dari semasa ke semasa...sekian wslm...

Biodata pengarang 3


Nama penuh Amirah Asma Binti Abdul Aziz.Lahir pada 06 januari 1987.Berasal dari kuala Terengganu.Anak sulong dari 4 orang adik beradik.Mendapat pendidikan awal di sekolah Tadika Petronas,Kerteh.Peringkat rendah n menengah diSekolah Rantau Petronas,kerteh.Hobi membaca novel.Sekarang masih menuntut diKolej PTPL Shah Alam,mengambil jurusan diploma teknologi multimedia.Tugas saya didalam blog ini adalah memasukkan elemen-elemen penting yang berkaitan dengan tajuk.

Biodata pengarang 2

MOHD. ALIFF NA'IM BIN HASLAN

Nama penuh Mohd Aliff Na’im Bin Haslan.Berasal dari bukit beruntung,rawang selangor.Lahir pada 25 Januari 1987.Berusia 21 tahun.Mendapat pendidikan awal disekolah tadika kemas kemaman,terengganu.Di peringkat rendah di sekolah kebangsaan teluk kalung,terengganu dari darjah 1 hingga 2..Selepas itu berpindah ke sekolah kebangsaan Selayang Jaya,selangor dari darjah 3 hingga 4..Kemudian terakhir bersekolah di sekolah kebangsaan bukit beruntung rawang,selangor dari darjah 5 hingga 6..Mendapat pendidikan di peringkat menengah semasa di sekolah menengah kebangsaan bukit sentosa,rawang,selangor dari tingkatan 1 hingga 5.Anak pertama dari 5 orang adik beradik.Masih menuntut ilmu di kolej PTPL Shah Alam dlm jurusan diploma teknologi multimedia.Tugas saya dalam pembinaan blog ini adalah menyemak dan meletakkan isi-isi penting yang bersesuaian dengan tajuk yang kami bertiga bentangkan.

Thursday, January 8, 2009


Tempat-tempat di Pulau Pangkor






















Sunday, December 14, 2008

Perjanjian Pangkor


Sedetik dalam sejarah di negeri Perak
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Februari 1874 yang telah memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak - satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar, tetapi telah disedari hanya setelah semuanya ditandatangani.
Perjanjian ini berputik daripada kemangkatan Sultan Ali, Raja Abdullah sepatutnya dilantik sebagai sultan baru tetapi Raja Ismail yang telah dilantik. Perasaan tidak puas hati inilah yang mendorong Raja Abdullah meminta bantuan Inggeris. Satu lagi sebab ialah permusuhan dua kongsi gelap Cina, Ghee Hin and Hai San untuk merebut lombong bijih timah.
Campurtangan Residen Inggeris telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang Melayu Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh JWW Birch yang akibatnya ialah Perak berhadapan dengan Inggeris dalam siri peperangan hingga tahun 1876.Ramai wira Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Maharaja Lela, Datuk Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan lain-lain.
Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.
Inggeris kemudiannya telah membuka lebih banyak lombong bijih timah di Perak dan ladang-ladang getah. Bandar-bandar baru telah muncul dengan pesatnya di Perak. Kemunculan bandar-bandar baru ini telah dengan sendirinya mengasingkan orang Melayu daripada pembangunan.
Perak menikmati kemakmuran daripada bijih timah lebih 100 tahun. Kemudian pada 1970, ekonomi Perak mula menjunam dan hampir muflis ekoran kejatuhan harga bijih timah di pasaran dunia. Smpanan timah antarabangsa telah melebihi aras yang dikehendaki hingga menyebabkan logam itu melebihi daripada permintaan. Tauke lombong gelisah dan ramai pelombong hilang pekerjaan. Situasi ini mengajar Perak dan khasnya Malaysia agar tidak bergantung kepada satu sumber ekonomi sahaja.