Burung enggang terdapat dengan banyak di Pulau Pangkor. Anda akan melihat mereka terbang dan hinggap di dahan-dahan. Di Teluk Nipah anda boleh beri enggang makan seperti anda beri makan burung merpati!
Pulau bersejarah ini kaya dengan khazanah alam semulajadi - hutan, bukit-bukau dan laut. Ia menjadi tumpuan bukan saja pelancong tempatan, tetapi juga pelancong luar negara. Antara yang menjadi tarikan di pulau ini ialah Kota Belanda (Dutch Fort) dan Batu Bersurat (Historical Rock) yang berhampiran.
Kota ini telah mencatat sejarah yang panjang. Dibina dalam kurun ke-17 oleh Syarikat Hindia Timur Belanda sebagai kota bertujuan melindungi kapal-kapal dagang mereka. Kota ini sering menjadi sasaran pahlawan Melayu yang menentang penjajah hingga beberapa kali ia ditinggalkan.
Kota ini akhirnya dirobohkan oleh pejuang-pejuang Melayu yang dipimpin oleh Panglima Kulop.
Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara telah membina semula replika kota tersebut di atas tapak runtuhannya berdasarkan maklumat-maklumat dan dokumentasi yang dikumpulkan.

0 comments:
Post a Comment